Saturday, 1 April 2017

Service Centres Handphone Xiaomi/Nokia/Sony/Samsung/&Huawei???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.

Main artikel sebenarnya xiaomi memandangkan handphone xiaomi Mi4i aku problem asyik restart automatic dan stuck dekat logo xiaomi. So, service centres kata ada dua masalah maybe sebab software atau masalah motherboard. kalau software dorang cas puluh2 je. Xingat la aku. RM60-RM80 ntah..kalau motherboard kena RM400..So, aku setuju kalau masalah motherboard aku xnak repair. Bek beli baru je. So, sempena hari jadi GST hari ni 1 April(hehe..), nak kongsi sikit satu service centres ni leh banyak brand handphone leh service.

Sesiapa pengguna xiaomi dan ada masalah handphone nak service mesti tercari2 kat mana la nak repair ye. Bukan untuk membelakangi atau menutup periuk nasi service centres 3rd party di kedai2 luar sana atau sambilan cuma terpulang kt korang nk service/repair kt mana yang senang. Macam aku susah area rumah sini nak repair. So aku cari la service centres Xiaomi yg berdekatan.

Search punya search website Xiaomi, main service centres di Plaza Low Yat. Tapi bagi aku jauh, dengan nak hadap jem dan parking lg. So yang berdekatan hanya di alamat ini. Parking pun senang dan xsesak.

Petaling Jaya W-10-21, 10th Floor, 
Melawangi Business Suite, 
AMCORP Trade Centre, #18, 
Jalan Persiaran Barat, 
46050 Petaling Jaya, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


Hah, bagi sesiapa biasa pi PJ mesti pernah pi Taman Jaya atau Amcorp Mall. tak sangka plak ada service centres kt sini walopun selalu g. Mula2 sesat gak la nak mencari bangunan belah mana. Dengan bertongkat lagi jalan(sebab eksiden). Di tambah waktu tu hujan lebat lagi.Menguji betul waktu tu.

1. Xyah pening2 nak tengok bangunan mana satu. Sebelah2 tu sume bangunan opis. Service centre ni kt menara belakang Cara nak pergi ke situ, korang masuk je tempat lobi shopping complexe Amcorp Mall tu.Dah masuk Shopping complexe amcorp mall tu terus tuju ke bahagian kiri dan carik excelator atau bm nya tangga bergerak. Naik tingkat 1.




2. Dah naik tingkat 1 terus tuju ke belah kanan and nampak kedai baju kanak2 little shoppe ke apa ntah dan perasan ada signboard kat atas tu. Ada tulis menara Melawangi arah kiri. Masuk la kiri lorong kecik tu terus carik lif.



3. Dan masuk kiri tu akan nampak lif sebelah kiri korang. Terus tekan lif tu naik atas.






4. Dah masuk lif. terus tekan tingkat 10. tingkat 10 tu pun ada surau. Leh la solat sekali kalo dah masuk waktu solat bagi yg beragama islam.




5. Dah sampai tingkat 10 keluar la lif. Xkan nk duduk dalam lif kot. Sampai ke sudah xjmpe service centres..haha..terus tuju ke belah kanan. Ni pemandangan depan lif tingkat 10 ye.







6. Ni gak pemandangan lif tingkat 10. Td dh gitau kan keluar lif terus tuju belah kanan dan jalan terus. Nampak pintu tu. Hah masuk situ. Dalam tu pun menuju ke surau. Jangan risau.dalam tu ada meja pak guard bangla/pakistan kot jaga. Time waktu solat ramai gak orang datang lalu situ nak menuju ke surau. Time aku g ni pagi so agak sunyi sikit.





7. So akan nampak dah sigboard terpampang besar2 xiaomi service centres tu. Waktu aku pi ni hujan lebat. So jalan agak licin. Hati2 ye lagi2 bawak anak2..kang terjunam ke depan tu kang.




8. Ni signboard sebelah&depan pintu masuk. Ada tulis di situ waktu operasi Isnin-Jumaat sahaja.Tutup sabtu,ahad&cuti umum. Business time??tengok gmbar tu ye..hehe





9. Dah masuk tengok belah kiri ada mesin no giliran. Time aku pi xde orang menunggu so orang kaunter tu dh terus panggil dah aku. rezeki... Kalau perhatikan kat situ ada tulis untuk service phone nokia,sony,samsung dan huawei sekali. Call la situ kalao ada pape pertanyaan. Aku dah bagi dah tu kat gmbar bawah ni. Jgn lak tnye aku..hihi..Kat mesin no giliran pun ada bagi peringatan sign out dulu xiaomi sebelum hantar service. Handphone aku dah totally out.tang camne plak aku nak signout.





10. Ni keadaan dalam tu. Ni masa aku amik phone dah siap. So agak ramai petang tu.




11. Dekat kaunter pun ada notis penting. suruh backup dulu phone dan dorang xtanggung masalah jika data2 penting dalam phone hilang.




12. Ni keadaan bahagian belakang kaunter tu. Korang leh tengok brand2 phone yang leh service kat sini.






So, aku nye masalah memang motherboard problem. Atas persetujuan awal kalau software problem kena cas RM60-RM80(if xsilap), so punca bukan masalah software maka nya aku kena cas RM20 ++ saje utk caj service.
Tempoh siap phone dalam 1-3hari bekerja. Depend on masalah phone korang. nanti orang kaunter tu gitau jangkaan tempoh siap bila. Mcam kes aku jumaat hantar,Sabtu ahad dorang cuti. Isnin dorang call dah leh amik phone.


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment