Thursday, 30 March 2017

Bayar PTPTN guna KWSP

Fuh 2 tahun sunyi sepi kerana sibuk menjadi bapa untuk 2 orang anak..2 tahun 2 anak??ye..itu rezeki..bukan kembar..Akhirnya kembali aktif hanya coret nukilan untuk menambah pengetahuan pembaca saja. Kisah peribadi kalau free aku post la..tapi xde la peribadi sangat..haha


Ok nak cerita pasal PTPTN dan KWSP ni sebab aku pun baru alaminya.
Sebab masih baru lagi berlaku dan segar dalam ingatan aku coretkan di sini.
Mesti ramai dah tahu KWSP akaun 2 boleh bayar PTPTN. Boleh bayar tunggakan atau sekaligus mengikut baki yang ada.

Dulu leceh kena g PTPTN dan KWSP bawak surat2 pinjaman bagai dan quotation jumlah pinjaman PTPTN. Member aku dah kena. Ulang alik pejabat PTPTN dan KWSP,itu ini xkena..Kesian beliau..Sekarang ni telah di permudahkan. Hanya mohon di hujung jari dan pergi ke pejabat KWSP saja.

Tapi bukan semua boleh bayar guna KWSP tau. Meh baca antara syarat2 dia.


So,kalau nak tau boleh ke bayar bulan2 atau sikit2 guna kwsp leh baca syarat2 sepenuhnya oleh KWSP di SINI.
Dipendekkan cerita meh ikut cara2 bagi sesiapa yang xtau. 

1.Opkos kena ada I-akaun KWSP.Kalau xde gi wat dulu. Daftar dan dapatkan no pin 6 digit by call (03-8922 6000) atau kiosk atau kaunter di mana2 cawangan KWSP berdekatan. Check dulu kelayakan pengeluaran cukup x nak bayar PTPTN ok. Kalau cukup syarat, moh kita mohon pengeluaran. Pas login,g pengeluaran dan klik Permohonan baru.




2.Pilih pendidikan sebab nak bayar PTPTN.Sape pilih beli umah memang nak kena sekeh agaknya.





3.Pastu keluar pulak maklumat2 yang perlu di isi.





4. Then isi butir-butiran yang diberikan. Yang bestnya KWSP akaun 2 juga selain diri sendiri,ia jua boleh membayar PTPTN untuk anak tiri dan anak angkat. Haha..ramai la kejar makpak suh bayar PTPTN. Tapi kalau leh elakkan la.Cuba bayar sendiri dan jangan terlampau harapkan orang tua yang dah susah payah besarkan kita. Untuk anak2 korang for the future tu up to korang la. xkan aku nak 'busy body' plak. haha





5. Pas isi butiran tu klik la Seterusnya xkan tu pun nak ajar.haha..then baca,faham dan hadamkan Terma&syarat yang diberikan. Kalau setuju klik la 'Terima'. Kalau xsetuju klik tolak,pastu xde la PTPTN disetelkan. kekal la hutang tu..hahaha.




6. Pastu ingatkan dah abes. Rupanya tu baru langkah 1. Ni plak langkah 2 kena isi. Isi maklumat peribadi. 





7. Part ni yang susah ni.. sebab nak carik balik pulak file2 masa belajar dulu. Mana nak ingat tarikh details mula dan tamat belajar. Kalau korang rasa senang, syukur la bagi korang. Pastu bawah sekali tu isi jumlah berapa yang nak mohon. (ikut jumlah baki akaun 2 ye.Xleh lebih2). Dah siap klik la 'Seterusnya'.






8.Pastu semak semua sama tak butiran2 yang diisi. Dan confirm betul,klik la 'Hantar'.





9. Pastu keluar box ni baca la syarat2 dia. Pastu klik 'Setuju'.





10. Dah klik hantar dan keluar la alah ni mengatakan penghantaran telah berjaya. Then tunggu mesej handphone dari KWSP ye. Dah leh logout dah dari i-akaun. Rasa nak print/cetak,silakan la ye untuk kenangan2.hehe





11. Mesej dari KWSP yg aku terima tak lama. Esoknya dah dapat dah mesej suruh gi KWSP untuk pengesahan cap jari dan dokumen2 sokongan dalam tempoh 14hari termasuk sabtu dan ahad(jika weekend dia ahad). Dokumen sokongan yang perlu dibawa ialah SIJIL PENDIDIKAN(scroll) dan TRANSKRIP asal dan salinan. Lebih 14hari kalau xdatang KWSP,permohonan ini dibatalkan dan kena mohon dari mula balik ikut step2 kat atas ye.





12. Dah siap pengesahan ibu jari semua bagai, leh la balik dan tunggu la permohonan tu proses dan diluluskan dalam 14 hari. Paling cepat pun leh 1minggu. Boleh check dari masa ke semasa status permohonan di i-akaun KWSP ye. Dah lulus nanti dah leh check status kt i-akaun dan baki akaun 2 telah ditolak. Contoh permohonan dah lulus seperti di bawah. 


So, Alhamdulillah pada yang lulus dapat la kurang kan PTPTN kena bayar dan pada sapa setelkan terus Alhamdulillah lega hutang PTPTN selesai semua. Dah xsusah hati nak travel..hehe..
Oh ye..ikut bajet 2017 ni yang langsaikan terus semua hutang PTPTN menawarkan diskaun 15% ye.
Selamat melangsaikan hutang.

Semoga bermanfaat.


5 comments:

  1. Bagus post ni,berguna infonya

    ReplyDelete
  2. HI, nak tanya kalau ada transkrip rasmi je tapi sijil hilang , boleh mohon x?

    ReplyDelete
  3. Bagus bangat postnya,akhirnya ada manfaat jugak post ni

    ReplyDelete