Pagi tadi selepas menjamah sarapan 3keping roti canai+2 biji telur masak+milo ais, terus gerak bersama isteri dan adik ipar ke kilang ni. Tujuan nak borong sebab nak bg isteri makan sebab tengah sarat mengandung. Bagi maintain kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Mana tau, bersalin pun senang nanti sebab makan kurma. Insya Allah..amin~
Pemandangan kilang dari luar
Pemandangan dari dalam
Mula2 tengok ingat Yusuf Taiyoob jual kurma jerk. Tapi rupa-rupanya banyak gak produk lain yg dijual. Kat situ dah di pamerkan tanda harga sekali. Selepas tengok2 barang Yusuf Taiyoob, terus la g kaunter di situ untuk amik order. Aku memang target nak beli kurma 1 jenis jerk Kurma Madu Yuta. sebab kurma tu je selalu aku beli masa bulan2 puasa kt bazar2. Rasa pun sedap lembut2. Nama pun madu kan..Harga Kurma Madu Yuta 1katon(12kotak)=RM88. Murah la tu. Aku beli kat luar 1kotak jual RM10. 12kotak dah RM120,kt sini jual RM88 jek beb. So, bermakna 1kotak dijual RM7.3333333333.....Jimat Rm32.haha..tapi kt kilang ni xde jual 1kotak 1kotak ye. Jual borong katon2.
Ok. Dh siap tempah kat kaunter.Bayar dan dapat resit. Cashier tu bagi percuma 3kotak air minum pelbagai rasa dan 3keping coklat. Murahnye rezeki ari tu. Dah la panas2 tengah haus. Syukur...
Ni la rupa kaunter untuk urusan pembelian. Tengah tunggu barang sampai,kurang 1minit abg baju biru ni dah anta barang. terkejut mengkarung aku!Wow...cepat!!fast!!
Resit pun dia amik kejap untuk dicop membuktikan sudah 'Delivered' kepada pembeli.
Kurma yg diborong oleh aku. Yeay..leh masak Ayam masak kurma..2 katon aku borong..hamik kau..pasni semua makan kurma jerk. Hope la berak xkuar taik bau kurma madu..kahkah
OK.Sudah selesai urusan aku hari tu. Sebagai penutup cerita,aku share kan cara2 nak gi sana ye.Kedai ni dibuka setiap hari kecuali Ahad. Sabtu pulak setengah hari. Bulan puasa, setiap hari bukak. Cuma masa dihadkan la. xtau la tutup kul bape. Rajin2 tanye and kol la ye.
Alamat BranchYusuf Taiyoob di Kota Damansara :
Kota Damansara Branch
18, Jalan Teknologi 3/3A,
Surian Industrial Park,
Taman Sains Selangor 1, PJU 5,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
Tel:03-6141 4786
Fax:03-6140 2413
Website : http://yuta.com/html/home.html
GPS : 3.159124, 101.567664
Mula2 aku gi cari punya la susah. Rupanya2 belakang uptown Kota Damansara jerk beb. Ingatkan kat mana-mana la tempat ni. Sape2 yg pernah g uptown Kota Damansara, mesti tau punya jalan ke situ. Sape2 yg 1st time leh la guna GPS ye. Senang sape2 guna GPS device. Sape guna wave masuk je code GPS bulat2 yg diberikan di atas kat search box.
Ni laluan senang ikut NKVE exit Kota Damansara. Ikut laluan dari IKEA Kota Damansara pun leh. Terus je jerk sampai jumpa Segi University College belah kiri. Then ada trafic light simpang 3, masuk kiri.Selamat mencuba~~
*Payment boleh dibuat menggunakan cash/credit card ye(visa/master card only)
*Payment boleh dibuat menggunakan cash/credit card ye(visa/master card only)
Updated 7 Jun 2016 : Senarai harga terkini kurma 2016 yang diberikan sendiri oleh Yusuf Taiyoob
UNTUK DAPATKAN HARGA TERKINI 2018 BOLEH KE SINI
UNTUK DAPATKAN HARGA TERKINI 2018 BOLEH KE SINI
nak berniaga ke pariq?
ReplyDeleteke stok lola sepanjang mengandung and selepas berpantang? hehe
haha..xniaga pun..
Deletebetui2..stok untuk dua2 keadaan tu..hehe
KEENAKAN BUAH KURMA DARI TIMUR TENGAH
ReplyDeleteYUSUF TAIYOOB
KELAZATAN BUAH KURMA YANG TIADA TANDINGANNYA
YUSUF TAIYOOB
KURMA AJMAL SAFIA JEWEL WASEM SAFINA AL-ESSA DAN BANYAK LAGI
YUSUF TAIYOOB
PASTINYA MENJADI PILIHAN DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI
YUSUF TAIYOOB
EDARAN EKSKLUSIF
YUSUF TAIYOOB
YUSUF TAIYOOB
Nak tanya admin kat situ boleh beli kurma dengan kad kredit tak?
ReplyDeleteye boleh. payment boleh dibuat guna cash/credit card(visa,mastercard only)
DeleteAdmin.. Dptkn senarai hanga terkini bleh?
ReplyDeleteharga terkini telah dimasukkan di post di atas.:)
DeleteTak tahu lak sebelum ni ada kilang kat sini. Sengaja cari2 info pasal pakcik Yusuf sebab sekarang kempen boikot kurma dari Iran. Hehehe motif sangat.
ReplyDeleteApapun, terima kasih infonya ya mas.. :)
Sama2..selamat mentekedarah kurma. :)
DeleteAda jual laici ke
ReplyDeletexde laici
DeleteSlm tuan fariq
ReplyDeleteSy ingin mencuba jual laici tin. Brp hrga sekotak dan brp tin isinya
wasalam,
DeleteSetahu saya mengikut senarai barang yang dijual,tiada pula pihak yusuf taiyoob menjual tin laici.
Maaf kalau terlepas pandang.
Maaf setelah diberitahu oleh Hani dibawah, benar laici yusuf taiyoob ada jual. dalam senarai pada no 148.24 x 567 gm =rm 68.00.
Deletesaya rasa tidak berubah harga tu.
salam, saya nk beli laici tin yusuf taiyoob... boleh dapatkan harga terkini... kalau saya nk beli online sekotak terus boleh... sila wasup saya di talian 012-9700905 atau email saya di nonakhajla@gmail.com.my
ReplyDeletelaici tin yusuf taiyoob tu di bilangan 148. 24 x 567 gm =rm 68.00 tp tu harga pada tahun 2016.
ReplyDeletebetul tu. Rasanya harga tetap sama sebab mungkin start naik harga mulai tahun 2016.
Deletetahun 2015 pernah juga beli tapi lagi murah.
Boleh dapatkan harga terkini tak 😁
ReplyDeleteboleh dpt kat link bwh bro..dh update dah..tenkiu la soalan ni bagi aku kembali update blog setelah sekian lama berhabuk..haha
Deletehttp://kisahhiduperiq.blogspot.my/2018/05/harga-terkini-kurma-di-kilang-yusuf.html
Nak tanya coklat viral yuta ada x.
ReplyDeletesalam tuan nak tanya kilang ada no hp tak senang nak wssp.. dan nak tahu harga terbaru 2020 ni
ReplyDelete