kenapa aku pilih sony??sebab kezen aku pakai TV CRT sony dah dekat 10tahun katanya. bajet aku leh la tahan 10tahun sampai beranak-ranak tengok. Tapi sekarang ni byk dah model LCD/LED bagai. So,pilih la LED sebab jimat elektrik. Tapi apakan daya kusangka panas ke petang,rupanya hujan di tengah hari~ Sob..Sob..
Bak kata pantun dua kerat :
Balik rumah nak tengok TV
TV rosak!!!!wakakakaka
Kalau nak tengok leh je. Tapi mata berpinau la tengok. dah macam screen 3D lak gambar double2 camnih. Lagi2 bola sepak. nampak player main kat tempat penonton. wakaka..
Bila aku kol technician2 semua memberi jawapan yang sama PANEL DISPLAY rosak. Mula-mula aku call Sony center Home service buat appoitment bagai. Sebab aku pilih Sony center sebab nak sparepart original. Takut barang2 tiruan ni kejap je tahan. Aku tanya la customer service tu harga berapa repair. Dia xboleh nak bagi harga kerana technician je tau. Yang dia boleh bagi tau, harga Sony technician datang sahaja dah kena cas RM70. Bila technician datang dan check serta bagi harga, dan kita setuju, harga upah+transport RM150. Ok la tu..so aku tunggu la sampai technician Sony call aku. Keesokannya, bila technician call balik aku dia kata nak datang dan set masa dan check alamat bagai. Sebelum datang aku tanya harga siap2 dan gitau TV aku model apa,berapa inci dan apa problem. Orang tu gitau dan aku penuh rasa kejutan dalam jiwa dan raga. Nak tau harga berapa??bagi orang macam aku tu dikira mahal bai. Almaklumlah aku bkn org kaya mcm tokey roti kaya.
Harga Sony Home Service:
Transport RM70.
Upah repair RM180(memang beza dari org CS tu gitau semalam)
Panel Display rosak RM1500
total RM1750!
Murah kan???tapi bagi aku,terasa la kurang mampu nak repair sampai harga mcm tu. Bila aku check2 harga tv aku sekarang, harga tv sekarang ni RM1000++ je. Pelik gak nape harga sparepart lebih mahal dari harga TV. Patutnya lebih murah harga sparepart dari TV. Soalan ni,biarlah yang arif menjawab. So, dengan harga repair mcm tu, sekurang2nya aku boleh dapat TV 42" atau lebih. So, aku terus gitau technician tu suh cancel appointment immediately.
Then, aku pikir nak try hantar luar la. Ori ke xori dah xkisah,janji murah. Dapat la no dari Mudah.my. technician. Sorang Melayu, Sorang China, Sorang India. Betul2 1Malaysia aku cari(No Racist ok). Sume aku cari technician home service. Sekurang2nya leh tengok apa dia buat kan. Ok aku simpulkan harga dan kerosakan seperti di bawah ni. Promote no pon dorang lagi nih kot2 korang diluar sana nak repair tv home service. Call je bg tau problem and orang tu bagi harga. Mereka semua ramah lagi mesra gitu.
Mr. Idham - 0123019096(Kerosakan Panel Display. Harga RM1000++)
Mr. Leong - 0193559384(Kerosakan Panel Display. Harga RM1000++)
Mr. Selvam - 0162453732(Kerosakan Panel Display. Harga RM1000++)
Semua memberi harga yang sama harga macam Sony technician.Mereka semua memberi nasihat yg sama iaitu rugi sahaja repair,better beli yang baru. So, ini dikira kerosakan 'Total Lost'. Nampak tak?betapa ramah dan mesra mereka, siap bagi nasihat lagi bazir duit repair bagai. Aku pn rasa yg sama mcm sape2 yg syg TV,sebab rasa sanggup repair walopun mahal. Ye la. TV membawa 1001 kenangan silam. Tp kita kena la pikir masak2. Akhirnya aku decide beli je la TV baru. Bila tu??mesti la jwpannya BILA ADA REZEKI NANTI.
So, bagi sape2 yang kerosakan mcm aku ni, siap2 la ye merasa kehilangan. Kenapa harga repair mahal??Sebab technician kata TV LED memang spare part mahal. Wallahua'lam...
So, bagi sape2 yang kerosakan mcm aku ni, siap2 la ye merasa kehilangan. Kenapa harga repair mahal??Sebab technician kata TV LED memang spare part mahal. Wallahua'lam...
Sekian,
6.28PM
23 Mac 2015
Lohh aku ingtkan hg memain masa bgtau lepak mamak tgk bola..rupanya betoi TV hg rosak hahaha..
ReplyDeleteitulah nya...rega zaman sekarang..belum GST lg tuh..hehehe..
tolak ja la dkt besi buruk or kedai terpakai...at least ada jgk hasil walaupun puluhan ringgit...tercover jgk duit barang dapur sikit...ada rezeki beli baru jenama yg sedia maklum tahan lama
mcm Toshiba, ke philips ke..hehehe
dalam paper kata GST ada brg turun/maintain/naik..yg turun mcm TV,aircond,peti ais dll.
Deletesyg plak nk tolak ke besi buruk.smpan je wat papan ptong sayur.tu la..plan nk beli panasonic..philips ada kata than ada kata xtahan. philips tahan kat lampu jerk.
ikut nasib jgk la kot pariq benda2 gini...
Deleteaku pakai headphone philips tahan je dah 3 tahun huhu...
Besi tak berapa ada..yang ada plastik saja
DeleteAku rasa bukan panel yang rosak ni. Macam polaroid je yang rosak kos xsampai RM300
ReplyDeleteeh btul ke bro?polaroid nk beli kt mana kalo nk buat DIY?
DeleteYe ke polaroid? Samsung saya nasib yg sama, double vision. Minta kepastian... Please...
DeleteSony xpayahla. X bguih mana. X lasak. Org ramai kata Toshiba bguih lasak ckit. Kalo screen lawa plih Samsung atau lg. Tp kurg lasak. Entahla. TV mana2 lbih kurg. Memg dcipta bgitu supaya kte terus membeli tv baru. Ekonomi bgerak katanya
ReplyDeletebetul tu bro..semua lebih kurang..tukar2 brand jerk tgk mana tahan..takat ni beli sharp.nk tgk bape lama tahan
Delete
ReplyDeletetoshiba pun x guna juga, dah terkena 2 kali beli, hancur kali pertama pakai siap je masuk setahun terus gelap gelita,tanya kedai x boleh repair terus gie kedai cari lain, apa lagi orang nak jual promote toshiba juga, katanye model baru teknologi pun baru, dijamin x kan rosak punya, percaya sangat beli lah juga, akhirnye lepas 1 tahun lebih jadi balik, pergi kedai jual nasib ade waranti 2 tahun dapatlah repair free, elok cukup setahun je habis rosak balik ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ penipu punya toshiba
Toshiba saya samalah jadi screen hitam,pastu saya beli backlight dekat lazada rm85 tukar sendiri belajar youtube,dah okay dah,seller ckp memang toshiba banyak problem backlight ini.
DeleteBleh tau x, ape punca krosakan panel display ni?
ReplyDeleteItulah tv saya pun rosak tang panel gak. Tak dapat nak diselamatkan dah. Jenama Philips..
DeleteHari ni tv led panasonic akhirnye mcm nk tamat riwayat yg dibeli sjk 2011 (7 tahun okay..). Sbb rosak? Anak main sapu air kt skrin tv tu...mmula2 ada vertical tone lbh krg sjengkal jd tone color brighter. Pstu tone color keseluruhan skrin da jd lain mcm..sedih nye
ReplyDeleteAssalamualaikum..jang ja terpedaya dengan sony servuser centre mmg cekik darah bang..cuba abg bawa tv abg ke hobbyzone di kajang..insyaAllah tv boleh dibaiki..x mahal pun..
ReplyDeleteAku ni dr dulu pminat jenama sony..tp skrg aku sakit ati dgn brand sony ni..trutama tv..ape yg aku prhatikan,tv yg aku beli ni (model KDL-40W650D) made in malaysia..aku guna xsmpai stahun fungsi on/off kt tv rosak,bila off dia akn on sdiri,trpksalh aku tutup kt plug..guna plk xsmpai 3 thun..dh xkluar gmbr(lampu brkelip 5x)..pd pndpt aku lh,kbnyakn spare part,ic dlm 2 buatan dr thai,myanmar,indon..jd bg aku,kualiti dh xsama cm dulu..aku dh perit beli tv sony..manja sngt..aku pn xtau lh brand ape yg btl² brkualiti..
ReplyDeleteSalam tuan, baru jer jual tv sony bravia 48inch beli 3 tahun lalu psal skrin rosak. Jual dpt 20 hinggit jer. Technican cakap sony memang byk rosak di kedainya banding model lain. Dia kata jika nk beli baru, biar murah skrin besar sebab jangkahayat kebanyakan tv skg rata2 3thn
ReplyDeleteBoss jual kat mana tu?
DeleteKalau tv tu ada lagi belum baiki, cuba pergi ke hobbyzone bangi berdekatan hentian bas Kajang. Situ pomen tv melayu yg jujur siap boleh DIY lagi Serendah 50 henggit
ReplyDeleteTV Sony saya rosak juga.. Tumbuh kulat hitam kat tepi tu.. Makin lama makin membiak.. Kenapa ek.. Lcd problem jugak ke..
ReplyDeleteSama la sony 32R300B sy rosak cmni gak.. Double image.. Tnya technician ckp panel screen rosak x leh wat ape, tnya hobbyzone pn sama dia suh pakai je smpi x kua gmbr, nk repair dia leh wat tp kos tuka screen rm600-700,tgk youtube ade solution tp 50/50 la samaada jadi dgn x je (sunat/cut cvt), sudahnya order tv bru je ni..
ReplyDelete