Tuesday, 14 April 2015

Maternity & Children Expo Mid Valley Exhibition Centre(MVEC)

Orait..dah berabad2 minit aku tertangguh2 update blog. Kali ni nak kongsi tentang baby expo kat midvalley pada 27-29 Mac 2015 yang lalu. Nak kata murah,sama je harga kat luar. Ada gak barang yang mahal,tapi kat luar murah. So, malas nak panjang2, layan je la gambar2 di bawah ye..


Pintu masuk depan MVEC.Aku pergi hari sabtu 28 Mac.Ramai sungguh manusia. Ada gak Chinese mom kehilangan anak. Semoga ditemui semula.


Pack baju 4helai dan kasut atas ni harga RM40,tapi diluar sana ada kedai jual RM30.










Walker ni aku berkenan sebab cantik dan pelbagai kegunaan.Cuma sayang xde kaler biru. Harga pun murah RM149 dari RM249. Tu masa belum GST tu. Seller tu kata pas GST harga akan naik.aiyaaa...

Bagi yang tidak berkesempatan pergi,jangan risau. Ada peluang kedua. Akan berlangsung pada 24-26 April 2015 ini di SACC,Shah Alam dekat dengan Plaza Alam Sentral dan PKNS.Orang duduk lembah Klang boleh la singgah ye. Harga mungkin harga GST.hikhik..Selamat membeli-belah~


GPS latIitud=3.070128

GPS longitud=101.518264



Saturday, 28 March 2015

Kilang Yusuf Taiyoob di Kota Damansara

Ok. Kali ni nak kongsi tentang kilang Yusuf Taiyoob di Kota Damansara. Fyi, kilang dia ada dua je kat Malaysia ni. 1 main dia kat Penang sana. Nak pi sana kompom jauh habaq hang. Nasib baik la depa dah bukak cawangan baru di Kota Damansara. So, toksah pi jauh2. Sape2 yg tinggal berdekatan yg giler kurma atau ingin membeli kurma, leh la datang sini.

Pagi tadi selepas menjamah sarapan 3keping roti canai+2 biji telur masak+milo ais, terus gerak bersama isteri dan adik ipar ke kilang ni. Tujuan nak borong sebab nak bg isteri makan sebab tengah sarat mengandung. Bagi maintain kesihatan diri dan anak dalam kandungan. Mana tau, bersalin pun senang nanti sebab makan kurma. Insya Allah..amin~ 


 Pemandangan kilang dari luar



Pemandangan dari dalam




Mula2 tengok ingat Yusuf Taiyoob jual kurma jerk. Tapi rupa-rupanya banyak gak produk lain yg dijual. Kat situ dah di pamerkan tanda harga sekali. Selepas tengok2 barang Yusuf Taiyoob, terus la g kaunter di situ untuk amik order. Aku memang target nak beli kurma 1 jenis jerk Kurma Madu Yuta. sebab kurma tu je selalu aku beli masa bulan2 puasa kt bazar2. Rasa pun sedap lembut2. Nama pun madu kan..Harga Kurma Madu Yuta 1katon(12kotak)=RM88. Murah la tu. Aku beli kat luar 1kotak jual RM10. 12kotak dah RM120,kt sini jual RM88 jek beb. So, bermakna 1kotak dijual RM7.3333333333.....Jimat Rm32.haha..tapi kt kilang ni xde jual 1kotak 1kotak ye. Jual borong katon2.

Ok. Dh siap tempah kat kaunter.Bayar dan dapat resit. Cashier tu bagi percuma 3kotak air minum pelbagai rasa dan 3keping coklat. Murahnye rezeki ari tu. Dah la panas2 tengah haus. Syukur...


Ni la rupa kaunter untuk urusan pembelian. Tengah tunggu barang sampai,kurang 1minit abg baju biru ni dah anta barang. terkejut mengkarung aku!Wow...cepat!!fast!!


Resit pun dia amik kejap untuk dicop membuktikan sudah 'Delivered' kepada pembeli.



Kurma yg diborong oleh aku. Yeay..leh masak Ayam masak kurma..2 katon aku borong..hamik kau..pasni semua makan kurma jerk. Hope la berak xkuar taik bau kurma madu..kahkah

OK.Sudah selesai urusan aku hari tu. Sebagai penutup cerita,aku share kan cara2 nak gi sana ye.Kedai ni dibuka setiap hari kecuali Ahad. Sabtu pulak setengah hari. Bulan puasa, setiap hari bukak. Cuma masa dihadkan la. xtau la tutup kul bape. Rajin2 tanye and kol la ye.



Alamat BranchYusuf Taiyoob di Kota Damansara :
Kota Damansara Branch
18, Jalan Teknologi 3/3A,
Surian Industrial Park,
Taman Sains Selangor 1, PJU 5,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.
Tel:03-6141 4786
Fax:03-6140 2413
GPS : 3.159124, 101.567664

Mula2 aku gi cari punya la susah. Rupanya2 belakang uptown Kota Damansara jerk beb. Ingatkan kat mana-mana la tempat ni. Sape2 yg pernah g uptown Kota Damansara, mesti tau punya jalan ke situ. Sape2 yg 1st time leh la guna GPS ye. Senang sape2 guna GPS device. Sape guna wave masuk je code GPS bulat2 yg diberikan di atas kat search box.

Ni laluan senang ikut NKVE exit Kota Damansara. Ikut laluan dari IKEA Kota Damansara pun leh. Terus je jerk sampai jumpa Segi University College belah kiri. Then ada trafic light simpang 3, masuk kiri.Selamat mencuba~~

*Payment boleh dibuat menggunakan cash/credit card ye(visa/master card only)

Updated 7 Jun 2016 : Senarai harga terkini kurma 2016 yang diberikan sendiri oleh Yusuf Taiyoob

UNTUK DAPATKAN HARGA TERKINI 2018 BOLEH KE SINI












Friday, 27 March 2015

Berjalan2 di pasar Jumaat sebelah Masjid Negara

Aku baca tajuk entri aku ni dah macam orang yang cakap tajuk dalam cerita Shin Chan plak..haha. Ok. kali ni ingin berkongsi pasar jumaat di Masjid Negara. Hampir 30tahun hidup sebagai anak KL. Ni kali ke 3 aku g pasar jumaat nih. Namanya orang key ell..puihh..

Bagi sape2 yg xpernah pergi atau pernah atau ingin pergi. Ini dia ingin ku kongsikan dalam entri kali ni. Pasar ni kebanyakannya menjual makanan untuk orang2 yg bekerja untuk lunch sebelum solat Jumaat. Ada gak jual barang2 lain macam pakaian,aksesori henpon, barang dapur dll tapi sikit sekali. Tp ok la dari xde. hehe..



Kedai yg menjual makanan mcm Nasi beriani boleh la makan kt meja makan yg disediakan tapi terhad. Siapa cepat dia dapat la tmpt duduk. Kalau xdapat, duduk la kat bawah2 pokok mcm gmbar kat atas ni. Tu muka mmber aku nk inteprem. Harga Nasi beriani lak ikut kedai. Ada Nasi Beriani jual RM7, RM8, RM9 +plus air minum leh tambah berapa byk kali nak tambah. Rasa semua sama jerk. dah namanya rezeki.Syukur la dari xde.


Ni kedai pakcik kerepek kat bahagian hujung atas. Murah pun murah. 3bungkus kecil RM5. Pilih la mana2 yg berkenan di hati. Ada gak tester disediakan. p/s :Pic atas member2 aku tengah pilih keropok2 mengalahkan pompuan bai.:p


Ok la. Layan je la gambar2 dia bawah ni. xtau nak taip pe lagi..sekian~








27 March 2015
6.46pm

Workout Time!!

Ok. Entry kali ni bukan niat untuk menunjuk2 tapi untuk mempromosikan gaya hidup sihat. lagipun aku baru hampir 3bulan join team workout nih. Start awal tahun baru,kononnya azam tahun baru join dunia workout nih. Ala..bukannya bayor pun. Pree jerk..kat tempat kerja aku disediakan tempat2 macam nih untuk staff2 bagi mengamalkan hidup sihat. Pompuan2 ada disediakan tempat ber Zumba kat sebelah gym ni jerk. Tiap2 hari waktu lunch(Isnin-Khamis), kami akan bersenam bagi keluarkan peluh. Jumaat xleh gi sebab solat jumaat ye..Kalau pergi waktu lepas kerja,dengar cerita ramai dari tengahhari,sebab tu la kami pilih waktu tengahhari.

Aku dulu yang boroi dan cepat pancit akibat 'mengasap' selalu dan makan berpinggan2..senamnya idak pun..hehe. Kini..hasilnya telah hamil..eh silap..telah susut boroinya..wow..syukur..Lagipun ada trademill, dapat la stamina untuk futsal nanti. Sambil2 workout kaki leh sepak kencang konon2nya mcm Sapi Sali.


Suasana Gym waktu semalam ye, bukan hari ni(Jumaat)..huhu

Suasan sini memang happening. Ada waktu ramai, ada waktu leh kira dengan jari. Kelebihannya dapat la meramaikan kawan2 baru. Menjalinkan serta merapat-rapatkan hubungan sesama staff TM ni. Nak cerita sikit tentang kawan2 gym ni. Macam2 gelaran ada kawan2 gym ni. Ada sahabat ni gelarannya Dongor(Sado+selangor) sebab selalu pakai baju selangor. Ada gak Satam(sado+kulitnya gelap),tapi xde la gelap sangat.Sweet2 gitu... Ada Doyot (Sado+perut Boyot). Ada Sapok(Sado+lembut)..Dan macam2 lagi..Hahaha..macam2 bai..syok dapat sihat..syok dapat kawan2..Sambil2 dapat la bina badan..hehe..Bukan pe,persediaan nak jadi seorang bapa,banyak tanggungjawab. Nak kena angkat anak2,barang2 ke sana ke sini,itu la ini la..So, kena la workout sikit bagi strength..

Ok maleh nak citer panjang2.Jom layan gambar2 yang di sediakan..



Ok. Ni bebanan 30Pounds bersamaan bape kg ntah...dulu 8pounds pun xlarat bai..sekarang Alhamdulillah..Ni untuk Biceps.




Ni angkat 10keping bersamaan bape pound/kg ntah..men angkat jerk..Awal2 dulu aku mampu angkat 4keping jerk..Ni untuk Back dan triceps (If xsilap :P)



             Bebanan 10kg sebelah. untuk naikkan biceps yg aku tau. Maybe otot2 lain build gak kot..huhu





Each 15kg.Total 30kg. Bapak berat baiii..setakat each 10kg boleh lagi la aku. Untuk build otot apa?tengok kat bawah penjelasannya.Hehe....



Kalau nak tau cara2 workout, banyak ditunjukkan dalam youtube. Melayu punya, English punya. Kompem berlambak. Selamat berWorkout~

27 Mac 2015
5.58pm